Jumaat, 2 April 2021

Rancangan Bahasa Perancis Vincent

Vincent berpengalaman mengajar bahasa Perancis selama 20 tahun. Bahasa ibunda beliau adalah bahasa perancis dan beliau juga fasih dalam tiga lagi bahasa. Namun, beliau hanya menggunakan dua bahasa sahaja dalam kehidupan seharian beliau semasa berada di rumah iaitu bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.

Beliau memulakan satu saluran di Youtube pada tahun 2007 dengan pandangan bahawa video adalah merupakan alat bantu mengajar yang bagus untuk mengajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Sejak itu, beliau terus menghasilkan video dan percaya dengan keberkesanan video dalam membantu orang ramai menguasai bahasa Perancis.

Beliau menghasilkan kira-kira 200 000 video dan ia ditonton oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Video beliau membantu orang ramai mencapai impian mereka seperti:

  • berbual dengan rakan-rakan yang berbahasa Perancis di seluruh dunia;
  • berhubung dengan ahli keluarga mereka yang berbahasa Perancis;
  • berpindah ke negara-negara berbahasa Perancis;
  • merapatkan hubungan antara mereka yang berkasihan dan berkongsi kehidupan; dan
  • berkongsi cerita-cerita menarik dalam kehidupan seharian mereka.
Beliau berterima kasih dan menghargai mereka yang sama-sama menjayakan rancangan beliau di samping berkongsi pandangan serta idea menarik dalam rancangan ini.
 
Rujukan

Ahad, 18 Mac 2018

Bahasa Perancis untuk Pelancongan


Pelajaran ini adalah untuk kegunaan peribadi. Silakan klik di bahagian bawah ini untuk mendapat akses kepada latihan-latihan.

Première partie: outils pour communiquer 
  • Unite I - L'accueil
  • Unite II - L'information
  • Unite III - Problèmes
  • Unite IV - Au départ
Deuxième partie: dialogues
  • Unite I - Accueil du client
  • Unite II - Au service du client
  • Unite III - Les difficultés du service
  • Unite IV - Le départ du client
Troisième partie: annexes
  • Pour bien prononcer les sons français
  • Précis de conjugaison
  • Liste des termes grammaticaux (avec des exemples en français et en anglais)
  • Index grammatical
  • Lexique (français et malais)
Sumber rujukan:
  • Das. T dan Yam-Ramanantsoa. H. (1992). Bienvenue chez nous (selamat datang ke rumah kami). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Sumber gambar hiasan dari 24 hours in Marseilles, the Bubbly Traveler, 4 Mac 2017 (online)
  • Senarai Pautan Laman Sesawang Belajar Bahasa Perancis, Perancis untuk Dumbass (blogspot)

Khamis, 15 Disember 2016

Program Bahasa Perancis Certificate Library


Buku yang aku gunakan untuk belajar ini sebenarnya berasal dari simpanan ibu saudara aku. Beliau adalah kakak kepada bapa aku. Sebelum itu aku ingin memohon maaf daripada beliau kerana aku telah menyeludup buku harta pusaka beliau ini.
Buku ini disunting oleh E. G. Webb, Guru Besar di Birkenhead Institute dan diterbitkan oleh the Grolier Society Limited di London, England pada tahun 1965.

Sumber Gambar: A New Patriotic Song via The Impact of the French Revolution in Britain by Ruth Mather, the British Library, 15 May 2014 (online



Ahad, 27 November 2016

Langues d'oïl


Langues d'oïl atau bahasa Perancis merupakan satu dialect continuum yang turut mengandungi bahasa Perancis Paris dan saudara-saudaranya yang dituturkan di separuh bahagian utara Perancis, selatan Belgium dan Kepulauan Channel. Bahasa-bahasa ini tergolong dalam bahasa-bahasa Gallo-Romance. Ia menjadi payung kepada bahasa yang dituturkan di sebelah timur-tengah Perancis, barat Switzerland (Arpitania), selatan Perancis (Occitania), sebahagian utara Itali dan Val d'Aran di Sepanyol.

Ahli linguistik membahagikan bahasa-bahasa Romance di Perancis, terutamanya bahasa Perancis Pertengahan kepada tiga kumpulan geografi kecil. Dua langues d'oïl yang awal dan occitan dinamakan sempena perkataan dalam bahasa itu sendiri untuk membawa maksud 'ya'. Pekataan òc dan oïl itu membawa maksud 'ya' dalam bahasa Perancis Pertengahan. Bahasa yang ketiga adalah bahasa Franco-Provençal yang dituturkan di rantau Arpitania.
Sumber Gambar: Winter Carnival in Petit Champlain, Quebec via the Living Nomad (online)