Pengaruh Langues d'oïl

Langues d'oïl lebih kurangnya dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asli puak Germanic terutamanya puak Frank yang menjajah di rantau dalam Perancis moden. Hal ini tidak begitu jelas dalam perbendaharaan kata kerana ia dipengaruhi oleh perkataan yang berasal dari bahasa Latin. Namun, hal ini kelihatan jelas dari segi fonologi dan sintaksis.

Puak Frank, Burgundi dan Norman menjadi pemerintah di rantau mereka. Hal ini menyebabkan loghat bahasa yang dituturkan mereka itu dijadikan sebagai standard ke atas seluruh populasi yang diperintah. Keadaan ini menyebabkan bahasa Perancis dilihat sebagai berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Romance yang lain.

Pengaruh Perancis di Eropah Barat

Bahasa Inggeris sangat dipengaruhi oleh kelompok Norman kerana Penaklukan Normandy. Ia banyak menerima pakai perbendaharaan kata dari bahasa Norman.

Selain itu, bahasa Portugis turut dipengaruhi lebih dari satu milenia oleh perhubungannya dengan bahasa-bahasa Oïl dan Oc. Dari segi leksikon bahasa Portugis sebanyak 15 sehingga 20 peratus adalah sama dengan kedua-dua jenis bahasa ini. Sesetengah orang berpendapat terdapat sebanyak 5000 kata akar yang sama dalam bahasa Portugis dengan bahasa-bahasa ini. Bahasa Portugis turut dipengaruhi dari segi fonologi dan ortografi oleh kedua-dua bahasa ini. Pengaruh bahasa Oc juga agak besar terutamanya disebabkan oleh status Provençal yang membawa kepada kemunculan kelompok Troubadour dan lirik-lirik lagu berbahasa Portugis-Galicia. Selain dari pengaruh terus dari kesusasteraan Provençal, pengaruh dari bahasa-bahasa yang pernah dituturkan di Perancis di rantau Galicia-Portugis sangat kuat sekali disebabkan oleh dinasti Burgundy yang mengasaskan Order Cluny dan Cister. Ia juga disebabkan oleh laluan-laluan St. James di Eropah serta pendudukan semula orang dari rantau Pyrenees di sebelah semasa Reconquista.

Bahasa Perancis yang dituturkan di Belgium pula menunjukkan pengaruh dari bahasa Walloon kerana rantau tersebut adalah sebahagian dari rantau Walloonia.

Pengaruh Perancis di Amerika

Sentimen anti Portugis dalam nasionalisme Brazil pada abad ke-19 masihi membawa kepada peningkatan dalam penggunaan bahasa Perancis dalam usaha untuk menjatuhkan Portugal. Perancis pada ketika itu dilihat sebagai model kepada tamadun dan kemajuan. Pembelajaran bahasa Perancis dari segi sejarahnya pun dilihat sebagai penting dan kuat dalam kalangan elit Lusitania. Ia menjadi bahasa pilihan kelompok kelas pertengahan di Portugal dan Brazil. Pada masa kini, ia mula dijatuhkan oleh bahasa Inggeris yang meresap ke merata dunia melalui permodenan globalisasi.

Perkembangan bahasa Perancis di Amerika Utara seperti di Amerika Syarikat serta Kanada dipengaruhi oleh pengucapan bahasa pendatang dari barat laut Perancis. Kebanyakan mereka ini memperkenalkan ciri-ciri bahasa Oïl yang pelbagai ke dalam bahasa Perancis yang dituturkan oleh mereka.