Jumaat, 2 April 2021

Rancangan Bahasa Perancis Vincent

Vincent berpengalaman mengajar bahasa Perancis selama 20 tahun. Bahasa ibunda beliau adalah bahasa perancis dan beliau juga fasih dalam tiga lagi bahasa. Namun, beliau hanya menggunakan dua bahasa sahaja dalam kehidupan seharian beliau semasa berada di rumah iaitu bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.

Beliau memulakan satu saluran di Youtube pada tahun 2007 dengan pandangan bahawa video adalah merupakan alat bantu mengajar yang bagus untuk mengajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Sejak itu, beliau terus menghasilkan video dan percaya dengan keberkesanan video dalam membantu orang ramai menguasai bahasa Perancis.

Beliau menghasilkan kira-kira 200 000 video dan ia ditonton oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Video beliau membantu orang ramai mencapai impian mereka seperti:

  • berbual dengan rakan-rakan yang berbahasa Perancis di seluruh dunia;
  • berhubung dengan ahli keluarga mereka yang berbahasa Perancis;
  • berpindah ke negara-negara berbahasa Perancis;
  • merapatkan hubungan antara mereka yang berkasihan dan berkongsi kehidupan; dan
  • berkongsi cerita-cerita menarik dalam kehidupan seharian mereka.
Beliau berterima kasih dan menghargai mereka yang sama-sama menjayakan rancangan beliau di samping berkongsi pandangan serta idea menarik dalam rancangan ini.
 
Rujukan