Ahad, 27 November 2016

Langues d'oïl


Langues d'oïl atau bahasa Perancis merupakan satu dialect continuum yang turut mengandungi bahasa Perancis Paris dan saudara-saudaranya yang dituturkan di separuh bahagian utara Perancis, selatan Belgium dan Kepulauan Channel. Bahasa-bahasa ini tergolong dalam bahasa-bahasa Gallo-Romance. Ia menjadi payung kepada bahasa yang dituturkan di sebelah timur-tengah Perancis, barat Switzerland (Arpitania), selatan Perancis (Occitania), sebahagian utara Itali dan Val d'Aran di Sepanyol.

Ahli linguistik membahagikan bahasa-bahasa Romance di Perancis, terutamanya bahasa Perancis Pertengahan kepada tiga kumpulan geografi kecil. Dua langues d'oïl yang awal dan occitan dinamakan sempena perkataan dalam bahasa itu sendiri untuk membawa maksud 'ya'. Pekataan òc dan oïl itu membawa maksud 'ya' dalam bahasa Perancis Pertengahan. Bahasa yang ketiga adalah bahasa Franco-Provençal yang dituturkan di rantau Arpitania.
Sumber Gambar: Winter Carnival in Petit Champlain, Quebec via the Living Nomad (online)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan