Sejarah Ringkas Langue d'oïl

Romana Lingua

Pada abad ke-9 masihi, romana lingua iaitu istilah yang digunakan dalam Persetiaan Strasbourg tahun 842 menjadi bahasa Romance pertama yang diiktiraf oleh penuturnya sebagai satu bahasa yang tersendiri. Kemungkinan disebabkan oleh perbezaannya daripada bahasa Latin jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa Romance lain.

Banyak perkembangan yang sekarang dianggap sebagai bahasa Walloon muncul antara abad ke-8 masihi dan abad ke-12 masihi. Bahasa Walloon "mempunyai jati yang jelas tertakrif dari awal abad ke-13 lagi". Dalam kebanyakan kes, teks linguistik dari zaman itu tidak menyebut mengenai bahasa itu walaupun ada menyebut mengenai bahasa-bahasa dalam kelompok langue d'oïl seperti bahasa Picard dan bahasa Lorrain. Semasa abad ke-15 masihi, jurutulis dalam rantau itu menggelarkan bahasa itu sebagai bahasa "Roman" apabila mereka perlu membuat perbezaan, Sehinggalah pada awal abad ke-16 masihi, muncul perkataan "Walloon" seperti dalam ilmu linguistik yang digunakan pada hari ini. 

Langue d'oïl

Menjelang zaman Roman atau pasca-Roman, bahasa Latin Vulgar dalam Perancis telah berkembang menjadi dua istilah yang berbeza untuk memberikan makna kepada persetujuan atau ya iaitu hoc ille yang bermaksud inilah dia dan hoc atau ini. Kedua-dua istilah ini berubah menjadi oïl dan oc sahaja. Selanjutnya, oïl berkembang menjadi oui dalam bahasa Perancis moden. Istilah langue d'oïl sendiri digunakan pada kali pertama pada abad ke-12 masihi. Ia merujuk kepada kelompok bahasa jenis Perancis Tua.

Pada abad ke-14 masihi, Dante iaitu penyair Itali menyebut mengenai perbezaan ya dalam karya beliau yang berjudul De vulgari eloquentia. Beliau menulis dalam bahasa Latin Pertengahan, "nam alii oc, alii si, alii vero dicunt oil" yang bermaksud sesetengah orang berkata oc, yang lainnya berkata si manakala selebihnya berkata oïl. Kenyataan ini oleh itu membezakan sekurang-kurangnya tiga jenis rumpun bahasa Romance kepada bahasa oc di selatan Perancis, bahasa si di Itali dan Iberia serta bahasa oïl di utara Perancis.

Bahasa-bahasa Romance lain yang menerbitkan perkataan ya dari bahasa Latin klasik iaitu sic yang bermaksud "makanya" adalah seperti bahasa Itali, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis dan bahasa Perancis tetapi bahasa Perancis menggunakan perkataan ini untuk memberikan penekanan kepada penafian. Bahasa Sardinia dikecualikan kerana ia menggunakan perkataan eja untuk ya atau berkemungkinan ia bukan berasal dari kedua-dua perkataan bahasa Latin yang terdapat dalam bahasa Perancis, Itali dan Iberia. Di samping itu, bahasa Romania pun menggunakan perkataan da dari bahasa Slavic untuk ya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua lingua romana dan langue d'oïl pada ketika itu bukanlah bahasa yang homogenous. Bahasa-bahasa ini boleh saling difahami mengikut kepelbagaian linguistiknya. Pada zaman itu, bahasa-bahasa di Eropah Barat belum lagi menjadi bahasa bertulis kecuali bahasa Latin dan bahasa Latin Pertengahan. Populasi di rantau Eropah Barat pun tidak seramai sekarang. Selain itu, pusat populasinya terpisah dari satu sama lain. Kesannya, muncul kepelbagaian dalam saling memahami bahasa antara satu sama lain.

Bahasa Perancis

Pada abad ke-13 masihi, kepelbagaian bahasa ini diiktiraf dan dirujuk sebagai dialek-dialek dari satu bahasa iaitu langue d'oïl. Namun begitu, sejak abad-abad sebelumnya, muncul antardialek langue d'oïl iaitu sejenis bahasa koine yang digunakan dalam sastera bersama dan perundangan.

Lewat abad ke-13 masihi, bahasa bersama ini dinamakan sebagai françois atau lingua gallicana dalam bahasa Latin Pertengahan. Kedua-dua aspek "dialek dari bahasa yang sama" dan "bahasa Perancis sebagai bahasa bersama langue d'oïl" muncul dalam teks Opus Maius yang ditulis oleh Roger Bacon dalam bahasa Latin Pertengahan. Kenyataan itu diterjemahkan, "Sesungguhnya, dialek dari bahasa yang sama itu pelbagai dalam kalangan orang ramai. Seperti mana ia muncul dalam bahasa Perancis yang pelbagai pula seni bahasanya dalam kalangan orang Perancis, Picard, Norman dan Burgundi. Istilah yang disenangi oleh orang Picard boleh jadi menyakitkan hati orang Burgundi dan juga jiran terdekat mereka iaitu orang Perancis".

Dari zaman inilah, definisi tersendiri bahasa-bahasa Oïl ini ditemui. Bahasa Picard pada awalnya dirujuk sebagai "langage pikart" pada tahun 1283 dalam Livre Roisin. Selain itu, Thomas Hélye de Biville, penulis karya Vie du bienhereux merujuk kepada sifat-sifat orang Norman dalam penulisan beliau. Karya Sermons poitevins pada sekitar tahun 1250 menunjukkan bahawa bahasa Poitevin berkembang di tengah-tengah oïl dan oc.

Kesannya, pada zaman moden istilah langue d'oïl ini turut merujuk kepada bahasa Perancis Tua yang belum lagi disebut sebagai bahasa Perancis namun sebelum lewat abad ke-13 masihi telah pun menjadi antardialek untuk kesusasteraan dan bahasa perundangan.

Istilah Francien adalah neologisme linguistik yang dirantaikan pada abad ke-19 masihi untuk merujuk kepada kepelbagaian melampau bagi bahasa Perancis Tua yang didakwa dituturkan menjelang lewat abad ke-14 masihi di wilayah Pays de France dan seterusnya di rantau Paris yang kemudiannya disebut sebagai Île-de-France. Bahasa Francien ini didakwa menjadi bahasa Perancis Pertengahan. Sarjana linguistik terkini kebanyakannya menolak teori Francien ini walaupun ia sering dipetik dalam buku-buku teks popular mengenai bahasa Perancis. Istilah Francien ini tidak pernah digunakan orang yang bertutur pelbagai dialek bahasa ini. Namun, istilah ini boleh digunakan untuk merujuk kepada bentuk langue d'oïl yang dituturkan pada abad ke-10 dan ke-11 masihi di rantau Paris. Kedua-dua jenis langue d'oïl ini menyumbang kepada bahasa koiné kerana kedua-duanya pun disebut sebagai bahasa Perancis pada ketika itu.

Bahasa Oïl Standard v Bahasa Oïl Lain

Untuk sebab politik, bahasa koiné yang digunakan di Paris dan Île-de-France dikembangkan dari bahasa bertulis kepada bahasa percakapan. Menjelang abad ke-12 masihi, Conon de Béthune melaporkan mengenai istana Perancis yang mencercanya kerana menggunakan perkataan Artois.

Menjelang abad ke-13 masihi, bahasa koiné bertulis ini mula berubah menjadi bahasa percakapan dan penulisan standard serta dinamakan sebagai bahasa Perancis. Sejak itu, Perancis mula dipaksa ke atas dialek-dialek Oïl yang lain termasuklah di rantau langue d'oc. Walau bagaimanapun, dialek dari bahasa Oïl lain dan langue d'oc terus menyumbang kosa kata ke dalam leksikon bahasa Perancis.

Pada tahun 1539, bahasa Perancis diwajibkan penggunaannya dalam politik dan pentadbiran oleh Ordinan Villers-Cotterêts. Ia mewajibkan bahasa Latin digantikan dengan bahasa Perancis untuk sistem keadilan, akta rasmi dan tindakan-tindakan kerajaan. Bahasa-bahasa Oïl tempatan tetap dituturkan dalam mahkamah. Ordinan ini ketika itu bukan bertujuan untuk menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi. Ia hanya digunakan sebagai bahasa perundangan dan pentadbiran sahaja.

Walaupun terdapat persaingan dalam kedudukan standard kesusasteraan dalam kalangan bahasa Oïl ini pada zaman pertengahan. Namun, pemusatan kerajaan Perancis dan pengaruhnya keluar dari sempadan rasminya menyebabkan bahasa-bahasa Oïl lain menjadi kabur kedudukannya selama beberapa abad. Perkembangan sastera dalam bahasa baru ini menggalakkan penulis-penulis untuk menggunakan bahasa Perancis berbanding bahasa tempatan mereka. Hal ini menyebabkan kejatuhan kesusasteraan vernakular.

Bahasa Perancis dipaksakan ke atas semua orang selepas Revolusi Perancis. Ia dijadikan sebagai bahasa kebangsaan di semua jajahan Perancis. Ketika pengaruh bahasa Perancis melebar termasuklah ke Channel Islands di Britain, timbul pelbagai sektor dari populasi tempatan dan gerakan kebudayaan yang muncul untuk mempelajari bahasa-bahasa vernakular serta menjadikan bahasa itu lebih standard.

Dari abad ke-18 sehingga abad ke-20 masihi, persatuan-persatuan sebagai contoh Société liégoise de Littérature Wallonne ditubuhkan pada tahun 1856. Muncul kamus-kamus misalnya kamus Dictionnaire Franco-Normand pada tahun 1870 dihasilkan oleh George Métivier. Kumpulan kebudayaan dan pergerakan sastera muncul untuk menyokong serta mempromosi penggunaan bahasa-bahasa Oïl lain.

Republik Ketiga cuba untuk memodenkan Perancis dan menyediakan pendidikan rendah. Mereka hanya mengiktiraf bahasa Perancis sebagai wahana pendidikan. Bahasa-bahasa rantau lain tidak digalakkan. Penggunaan bahasa Perancis dilihat sebagai bergagasan serta mempercepatkan lagi kejatuhan bahasa-bahasa lain. Hal ini turut berlaku di rantau-rantau di mana bahasa Oïl lain dituturkan. Bahasa Perancis kini tersohor sebagai bahasa Oïl yang terbaik di dunia.