Makna Langue d'oïl

Langue d'oïl, dialek-dialek Oïl dan bahasa-bahasa Oïl memberikan corak kepada bahasa-bahasa Gallo-Romance purba di utara serta keturunan bahasa-bahasa tersebut pada masa kini. Bahasa-bahasa ini berkongsi bentuk linguistik yang terutama sekali ialah perkataan oïl untuk ya. Perkataan oc telah dan masih lagi digunakan di selatan Perancis untuk ya jadi bahasa-bahasa Occitan disebut sebagai langue d'oc. Bahasa Oil moden yang paling banyak dituturkan sekali di dunia adalah bahasa Perancis. Perkataan oïl disebut dalam bahasa Perancis sebagai oui.

Pada asasnya, istilah oïl ini digunakan dalam tiga situasi berikut:
  • Langue d'oïl
  • Dialek oïl
  • Bahasa-bahasa oïl
Langue d'oïl

Dalam bentuk tunggal, langue d'oïl merujuk kepada kepelbagaian linguistik lingua romana yang boleh difahami antara satu sama lain dan dituturkan semenjak abad ke-9 masihi di utara Perancis dan selatan Belgium atau Wallonia. Ia turut dituturkan di Kepulauan Channel sejak abad ke-10 masihi dan antara abad ke-11 serta ke-14 masihi di England dalam bentuk bahasa Anglo-Norman. Istilah ini sendiri digunakan dalam bentuk tunggal sejak abad ke-12 masihi bagi menandakan kumpulan linguistik purba secara menyeluruh. Dengan penanda-penanda ini, langue d'oïl kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahasa Perancis Tua.

Dialek oïl

Dalam bentuk jamak, dialek-dialek oïl ini merujuk kepada kepelbagaian dalam bahasa purba langue d'oïl.

Bahasa-bahasa oïl

Dalam bentuk jamak, bahasa-bahasa oïl merujuk kepada turunan bahasa ini pada zaman moden. Bahasa-bahasa ini kemudian berevolusi secara berasingan dari kepelbagaian atau dialek dalam bahasa oïl purba. Seterusnya, bahasa-bahasa oïl pada hari ini boleh merujuk kepada bahasa-bahasa moden dari kelompok bahasa ini kecuali bahasa Perancis atau merujuk kepada keluarga bahasa ini termasuklah bahasa Perancis. Dialek oïl atau dialek Perancis turut digunakan untuk merujuk kepada bahasa-bahasa oïl kecuali bahasa Perancis. Pada sesuatu tahap, bahasa-bahasa oïl ini sangat rapat dengan bahasa Perancis moden.

Oleh sebab istilah dialek ini kadang-kala dianggap sebagai pejoratif atau menghina, maka trend dalam kalangan ahli linguistik bahasa Perancis pada hari ini lebih kepada merujuk bahasa-bahasa ini menggunakan istilah langues d'oïl atau bahasa-bahasa oïl berbanding dengan menggunakan istilah dialek.